1. Dinar emas mampu dimiliki oleh semua golongan
kerana harganya yang rendah iaitu sekitar RM600
bagi setiap 1 dinar yang dibeli. Jadi, jika anda
ingin bermula dalam pelaburan emas, mendapatkan
dinar sebagai permulaan adalah langkah yang tepat!
2. Harga dinar tidak naik atau turun secara mendadak
dalam tempoh 24 jam walaupun harga emas dunia naik
melambung. Ada sesetengah pendapat ini pasti akan
melambatkan proses mengaut keuntungan. Namun ramai
yang terlepas pandang dinar emas sebenarnya adalah
penyelamat bagi kita kerana kadar penurunan harga
yang mendadak atau terlampau rendah tidak berlaku
bagi tempoh 24 jam. Ramai orang yang melabur rugi
kerana terlalu pentingkan 'Teknik Serangan' tetapi
terlupa tentang 'Teknik Bertahan'. Dengan memiliki
dinar emas dijamin pelaburan anda akan terselamat!
3. Apabila mula membeli dinar emas, jangan sesekali
anda menjualnya kembali. Ianya berbeza jika anda
seorang pelabur atau sebagai penjual emas. Percayalah,
jika anda menjual dinar emas anda hari ini, pada satu
hari jika anda mahu membelinya kembali tidak mungkin
anda mendapat harga lebih rendah sepertimana anda beli
dahulu. Sila teruskan bacaan jika anda perlukan wang
tetapi hanya ada dinar emas di dalam tangan.
4. Dinar emas boleh digunakan di waktu kecemasan tanpa
anda perlu menjualnya. Apa yang perlu dilakukan adalah
bawa dinar anda ke Agrobank (dahulunya Bank Pertanian).
Dapatkan perkhidmatan Ar-Rahnu. (Upah simpan termurah)
Di sana anda boleh pajakkan dinar tersebut. Lihat contoh
yang saya sendiri telah lakukan untuk 1 dinar milik saya:
a) Saya membeli 1 dinar 2 minggu lepas pada harga RM620.
b) Minggu lepas saya memerlukan RM400 untuk kegunaan
peribadi. Saya tak jual, tetapi saya pajak dinar saya.
c) Di Ar-Rahnu (Agro Bank), saya telah mendapat 70%
pinjaman dengan dinar saya. Dari nilai dinar yang dikira
saya menerima RM430! Ya, anda boleh dapat 70% dari nilai
dinar emas anda. Memang berbaloi sangat dengan dinar emas.
d) Dan selepas dikira upah simpan yang dikenakan hanyalah
RM23 sahaja selama 6 bulan. Memang murah sangat kan?
e) Selepas itu, saya pun gunakan wang saya itu. Jadi dapatlah
saya selesaikan masalah peribadi saya dengan wang tersebut.
f) Eh! Bagaimana dengan pembayaran? Ketahuilah anda hanya
perlu membayar hanya selepas sebulan anda membuat pajakan
iaitu sebanyak RM72 setiap bulan selama 6 bulan sahaja.
Kiraannya adalah RM72 X 6 bulan = RM432...
RM430 (Pinjaman Anda) + RM23 (Upah Simpan) = RM432
~ Tiada Interest, Tiada Bunga, Tiada Caj Tersembunyi ~
Hanya itu yang perlu anda bayar! Teruja bukan?
g) Selepas itu anda akan kembali menerima Dinar Emas
kesayangan anda. Dan bayangkan selepas anda memegangnya
kembali, dijamin harganya ketika itu adalah lebih tinggi
semasa anda pajakkan 6 bulan lepas! Untung bukan?
Jadi masalah peribadi anda selesai, dinar anda juga
masih di tangan. Tak salah lagi mengapa ianya layak
digelar sebagai pelindung kekayaan!
Memang terbukti hebat kan dengan dinar emas?
Saya bukan menggalakkan anda untuk pajak emas, tetapi
ianya adalah salah satu teknik supaya anda tidak kehilangan
dinar emas anda itu. Gunakan teknik ini jika anda benar-benar
perlukan wang bukannya untuk berjoli sakan pula ya...? :)
5. Ini juga perkara yang ramai terlepas pandang. Dinar Emas
sebenar boleh digunakan sebagai mas kahwin. Mungkin anda pun
tahu komposer terkenal M.Nasir berkahwin dengan Marlia Musa
dengan menjadi 13 dinar emas sebagai mas kahwin. Pada ketika
itu 13 dinar hanya bernilai RM2000. Dan anda boleh lihat post
diatas tentang teknik pajak, RM620 untuk 1 dinar. Ianya bermakna
mas kahwin itu (13 dinar tersebut) hari ini bernilai lebih RM8000.
Memang hebat bukan? Kenaikan nilai yang sangat menakjubkan!
Baiklah, sebagai contoh mudah, jika anda ingin berkahwin dalam
tempoh setahun lagi, anda perlu mula membeli 1 dinar setiap bulan
mulai hari ini. Mahu atau tidak pastinya anda perlu mengumpul wang
bukan perkahwinan anda bukan? Disarankan kepada anda, tukar cara
simpanan dalam bentuk dinar dengan amalkan '1 Bulan 1 Dinar'. Genap
setahun anda sudah memiliki 12 dinar. Katakan modal anda membeli
dinar tersebut adalah RM7000. Percayalah pada ketika itu nilai
dinar anda akan meningkat dah boleh mencapai sehingga RM9000. Jadi
ketika inilah anda boleh cairkan 10 dinar anda untuk perbelanjaan
perkahwinan dan 2 dinar lagi boleh dijadikan mas kahwin jika mahu. :)
Jadi, diharap 5 fakta diatas yang telah menjadi amalan, telah berjaya
dipraktikkan diharap dapat memberikan anda satu persepsi baru bahawa
anda juga perlu memiliki dinar emas ini.
Saya juga sebenarnya rasa terlambat mengetahui akan kepentingan dinar
emas ini. Dahulu tiada orang yang mendedahkan akan info sebegini kepada
saya. Jadi saya tiada pengetahuan dan ilmu tentangnya, mereka hanya diam
dan tidak mahu dedahkan kekayaan sebenar ini kepada orang lain.
Tetapi hari ini, saya suka berkongsikannya dengan anda. Anda sudah tahu
akan maklumat ini. Dan anda sepatutnya memiliki dinar emas anda yang
pertama hari ini juga. Ianya adalah DINAR EMAS! Ianya penyelamat anda!
Salam Ukhuwah semoga kita akan berjumpa lagi
Pn Azliana 0125723766
No comments:
Post a Comment