[Most Recent Quotes from www.kitco.com]

LIVE DINAR

LIVE GOLD

SILVER PRICE

Friday, January 14, 2011

Bagaimana Nak Mula Pelaburan Emas??

Rupa-rupa masih ramai yang tidak tahu nak mula pelaburan emas.
Mereka bukan tak nak tapi tidak tahu hendak mula dari mana.
Patut ler pelaburan emas kurang menyerlah di Malaysia berbanding
pelaburan haram / skim cepat kaya / mlm / piramid dan seumpamanya.
Adakah mereka yang tahu mengenai pelaburan emas tidak menyampaikan info mengenai pelaburan emas?
Adakah pelaburan emas memerlukan modal yang tinggi ?
Adakah pelaburan emas tidak mendatangkan pulangan yang banyak dan cepat ?
Adakah sikap orang kita sendiri malas untuk mencari ilmu mengenai pelaburan emas ?…
Baiklah , kita tinggalkan persoalan diatas kerana jawapannya tidak penting sama sekali. Apa yang penting tindakan.Tanpa tindakan kita tidak akan ke mana-mana. Jika anda sudah pun mengetahui tentang emas ,
saya rasa ia satu anugerah yang cukup bernilai dari Allah s.w.t.Jadi tugas kita semua ,sampaikan pada mereka yang belum @ tidak tahu mengenai emas.

Jadi di sini saya cuba huraikan secara ringkas bagaimana nak mula pelaburan emas dengan kaedah yang cukup mudah.
1. Sediakan modal yang mencukupi. Modal ni terserah kepada kemampuan kita kalau modal kita hanya cukup untuk
beli sikit kita beli sikit kalau mampu beli banyak kita beli banyak.
2. Sediakan diri dengan ilmu tentang emas. (ilmu boleh dipelajari dari blog ini secara percuma 
@ cari info di enjin carian @ belajar secara langsung dengan orang yang berpengalaman :)
3. Setelah anda mempunyai modal , terdapat 2 kaedah pelaburan emas.
i. Kaedah pertama dengan beli/jual emas fizikal seperti dinar kelantan/kijang emas/emas public gold dan sebagainya .
ii.Kaedah kedua dengan membuka akaun pelaburan emas dengan bank Maybank atau Public Bank.

4. Bila anda ada ilmu, anda akan lebih tahu teknik/kaedah yang mana boleh memberi keuntungan yang lebih lagi.
5. Seterusnya, anda perlu sentiasa mengikuti perkembangan emas dari semasa ke semasa terutamanya tentang harga emas.
4. Akhir sekali, bila dah sampai target keuntungan, jual je emas tu.
Sememangnya melabur dalam emas ni cukup mudah dan simple, cukup dengan BELI SIMPAN JUAL tak payah lah nak memeningkan kepala dengan nak menyusun strategi la, nak susun prospek la dan macam-macam lagi.Saya rasa cukup lah untuk penerangan yang ringkas ni tapi kalau xpaham jugak jangan la segan call je saya k..
p/s: Ini untuk melabur je kalau nak meniaga lain pulak caranya..
Pn Azliana 0125723766

No comments:

Post a Comment