[Most Recent Quotes from www.kitco.com]

LIVE DINAR

LIVE GOLD

SILVER PRICE

Saturday, January 1, 2011

KENAIKAN EMAS SELAMA 1 TAHUN 2009 2010

Kenaikan Emas Dalam Tempoh Setahun 2009 2010
KENAIKAN SELAMA 1 TAHUN

(Sumber:http://www.goldprice.org/spot-gold.html26/12/2010)

Apabila menjelang Disember setiap tahun, ramai di antara kita mula membuat kira-kira umpama sebuah syarikat / perniagaan untuk menutup akaun lama dan membuka akaun baru. Kira-kira yang sering kita lakukan ialah berkaitan:
1. Keuntungan yang telah kita perolehi bagi pelaburan selama 1 tahun. Sama ada naik atau turun.
2. Perbelanjaan yang perlu dihabiskan bagi permulaan sekolah penggal baru.
Baru-baru ini, pihak PNB telah mengumumkan pengagihan dividen ASB. Dividen yang diberikan sebanyak 7.5% dan bonus 1.25%. Ramai yang gembira dan telah membuat kira-kira tentang ke mana hasil keuntungan pada tahun 2010 untuk dibelanjakan. Pasti pada 3 Januari, kaunter-kaunter ASB dipenuhi orang ramai untuk tujuan pengeluaran dividen. Alhamdulillah, sekurang-kurang ada juga hasil pelaburan walaupun tidak banyak.

Pada masa ini, Malaysia sedang dilanda aura Pelaburan Emas. Ke mana sahaja kita pergi, ramai yang akan berbicara tentang emas. Pelaburan emas fizikal, pelaburan akaun emas, skim pelaburan emas dan lain-lain. Alhamdulillah, ramai juga yang telah mengaut keuntungan hasil dari pelaburan emas dan tidak kurang juga yang rugi kerana tertipu dengan skim pelaburan emas.

Mari kita lihat berapakah kenaikan harga emas dalam tempoh 1 tahun kebelakangan ini (rujuk graf). Kenaikan emas pada tahun ini ialah 26.23% bagiUSD/gm dan 10.63% bagi MYR/gm. Mengapa wujud perbezaan ini? Ini kerana wujudnya faktor kadar pertukaran wang asing. Kenaikan yang mana satu yang perlu dirujuk? Semestinya MYR/gm kerana kita membeli emas menggunakanMYR dan bukan USD.

Jika anda ingin mengetahui cara perkiraan harga, penetapan harga, kesan pengaruh pertukaran matawang dan rahsia disebalik kiraan yang tidak didedahkan kepada anda. Bagaimana harga emas ditetapkan. Bagaimana syarikat emas mengaut keuntungan. Bagaimana untuk manipulasi emas. Bagaimana menggunakan kemudahan Ar-Rahnu

No comments:

Post a Comment