[Most Recent Quotes from www.kitco.com]

LIVE DINAR

LIVE GOLD

SILVER PRICE

Friday, January 14, 2011

Emas

Alhamdulillah, sejak saya officially announce ( macam press conference pulak) yang saya dah jadi agen Public Gold, banyak saya dpt response positive tentang emas. Dan ramai jugak yang semakin galak bertanyakan tentang itu ini berkaitan pelaburan emas. Bagus, memang patut pun kita selidik habis-habisan untuk melabur.

Kenapa saya pilih emas Public Gold?
1. Pengeluar gold bar tempatan pertama yang mendapat pengiktirafan assayer (mencipta rekod "The Malaysia Book of Record").
2. Cantik (boleh dijadikan hadiah).
3. Kos pelaburan jongkong emas yg paling murah di Malaysia
4. Perbezaan harga jualan & belian (spread) yg rendah.
5. Anda akan memiliki emas fizikal.
6. Terdapat sistem penempahan secara online selama 24 jam. (syarikat pertama di m'sia)
7. Anda boleh menempah harga emas tertentu.
8. Memberi jaminan membeli balik emas (Public Gold) mengikut harga belian walaupun calar,dibuka  sarungnya atau bengkok.
9. Stok sentiasa ada.( Ikut giliran )
10. Mempunyai Sijil Ketulenan Emas yang sah.

Harga Emas Public Gold
Harga boleh dilihat di website Public Gold iaitu www.publicgold.com.my & di update dari semasa ke semasa. Harga emas dunia boleh dilihat kat website KITCO . Ini adalah harga reference utk emas, dan harga emas bukanlah harga kawalan. Sebab tu kita lihat harga dari satu syarikat/kedai emas berlainan dengan yang lain. Screen shot harga emas Public Gold

Bagaimana kita nak tahu gold bar Public Gold tulen atau tidak?
Setiap keping gold bar atau gold coin disertakan dengan sekeping certificate yang disahkan oleh Assayer. Assayer adalah pihak yang akan mengiktirafkan ketulenan emas. Jika anda nak jual balik gold bar, sijil mesti disertakan sekali untuk tujuan memudahkan saya menjual balik jongkong tersebut.

Bila masa yang paling sesuai nak beli emas?
SEKARANG atau dgn lebih tepat bila ada duit lah..Emas for sure akan naik, tak kira masa anda beli tu harga berapa pun, dia tetap akan naik. Contoh, masa saya beli 6/1/10 harga emas rm135/gram. Hari ni 15/1/10 pagi rm154/gram.

Apa nak buat kalau lepas beli, harga turun?
Simpan saja. dan tunggu bila harga naik balik,then jual kalau nak buat untung.Kalau tak,simpan lagi utk keuntungan pelaburan jangka panjang. Walaupun harga emas turun lepas kita beli,ingat,emas tu still ada dgn kita. in other words,we never lose it. Compare dgn unit trust/stock market, bila harga turun merudum, wang pun lesap lah. Emas Public Gold ni diterima tak oleh company lain atau mana2 goldsmith?(in case Public Gold tutup) Emas adalah emas. Bawak pegi ceruk mana pun,ia tetap emas. Cuba beli cincin emas kat Dubai ke,Mekah ke,try offer kat kedai emas kat sini,bila diorg test (ada satu mesin) ketulenan nya sah, sure dia mabik punya.Emas bukan seperti cash/currency. That's why masa zaman perang vietnam,semua org vietnam keluar negara bawak emas,diorg tak bawak duit langsung. Masuk lah negara mana, depa boleh hidup dgn emas.

Macam mana nak beli?
Tanyalah mana2 agent, procedure nya tetap sama. Bila dah ready nak beli, tengok harga kat website public gold, call agent untuk lock harga.Hanya agent shj yang boleh lock harga.Kemudian,bank-in kan duit & call agent utk delivery.Atau kalau tak percaya,boleh jumpa di bank,boleh tgk emas dulu,terus transfer duit kat ATM ke counter ke,saya akan terus serah emas tu.

Berapa banyak patut dibeli?Ada minimum tak?
Minimum 20 grams sbb itu adalah saiz/berat jongkong yg paling kecil. Berapa banyak,ikut budget.Tak de restriction.

Berapa berat jongkong yang ada?
Jongkong emas 999- 20gram, 50gram, 100gram,1kg
Syiling emas 916 - 1 dinar (4.25gram), 5 dinar (21.25gram), 10 dinar (42.5gram)

Kalau dah beli,simpan kat mana?
Kalau berani,simpanlah kat rumah. Kalau sikit amount nya, simpan saje macam anda simpan brg kemas. tapi kalau byk & nak safety, boleh simpan kat deposit box kat mana2 bank atau sewa Royal Safe Deposit Box public gold di Sunway Mentari.

Royal 1 - 5x5x23 inch - RM270.00 /year
Royal 2 - 3x10x23 inch - RM330.00 /year
Royal 3 - 5x10x23 inch - RM410 /year
Royal 4 - 10x10x23 inch - RM480 /year
(akan saya beri detail tentang safe deposit box ni later)

Kalau stay oversea,mcm mana nak beli?
Cara yang paling logik & practical,minta saudara terdekat di Malaysia,ibu/ayah/adik beradik/husband/wife belikan. Bagi mereka simpan sendiri kat rumah atau sewa safe deposit box. Kalau insist jugak nak gold bar tu,saya akan usahakan kirim dekat member yg kebetulan fly ke lokasi anda (but not advisable,unless saya betul2 percaya kawan saya tu..hehe). Tapi anda kena pegi ambik kat airport flight MAS turun ataupun kat hotel crew MAS stay.

Boleh tak saya invest dengan barang kemas?Emas jugak kan??
Boleh,tapi kalau mmg niat nak melabur,saya nasihatkan go for jongkong/coin rather than jewelry. Pertama,harga anda beli pun tinggi sebab tokey kedai tu for sure include workmanship cost. Dan bila anda nak jual balik,brg2 kemas tersebut akan dikira sbg 'emas terpakai' yang mempunyai susut nilai yg agak tinggi, dlm 20-40% lower than the market rate time anda nak jual. So,walaupun time tu dikira emas dah naik harga berbanding masa anda beli,still anda rugi sebabkan susut nilai tu.

Poh Kong,Tomei semua pun ada buat gold bar depa sendiri.So,bolehlah beli yang tu untuk investment?
Nak beli boleh,tapi kena jaga baik2 bagai menatang minyak yang penuh.hehehe.Harga memang tinggi sbb walaupun jongkong,tetap berpandukan harga FGJAM (federation of goldsmiths and jewellers association of m'sia) yang lebih tinggi daripada public gold. Dan,kalau calar atau tergores, atau terserpih atau bengkok,atau dibukak dari sarungnya, jongkong anda dah dikira sbg 'emas terpakai' which then apply to harga susut nilai yang 20-40% itu. Sedangkan Public Gold tetap ambik jongkong dia balik bila anda nak jual walaupun calar atau bengkok.Bagus kan..

Saya takde cash,tapi ada brg kemas. Boleh ke tukarkan kpd jongkong Public Gold?
Boleh. public Gold ambik pada harga 10-15% rendah daripada harga belian. Ini lebih tinggi daripada ditolak ke kedai emas yang biasanya ambik pada 20-40% rendah daripada harga belian. Brg2 kemas ini kemudiannya ditimbang,disahkan ketulenan sebelum anda diberi jongkong/coins yang setara nilainya.

Kalau saya nak jadi dealer jugak macam mana?
Bagitau saya,saya akan share cara & ilmu menjual emas sebanyak mana yang saya tahu. kemudian, daftar dgn Public gold dengan membeli package stok yg telah ditetapkan oleh public Gold pada harga dalam range rm20,000 mengikut harga emas semasa. Anda boleh mendaftar sebagai dealer di bawah rangkaian saya, bermakna saya sbg introducer.

Kenapa dalam blog chedet (tun dr.mahathir) ada iklan Public Gold ni?ada kaitan ke?
Saya bertanya pada Public Gold,depa kata che det mmg suka sgt pada gold investment ni.Tapi,saya rasa,my personal opinion, sure Che Det ada share dalam tu..heheeh..kalau tak,takkan saja2 suka letak iklan dlm blog dia.Ingat senang nak advertise dlm blog ex-prime minister yg paling berpengaruh tu??

Gold ni sesuai untuk investment apa ye?Apa gunanya?
Contoh saya bagi, katakan 5 tahun lagi anda nak ke Mekah buat haji.Anda beli emas sekrg 10gram berharga rm13500.00 (contoh).Apa yg perlu anda buat ialah simpan shj.At the end of 5 years tu,anda tetap ada emas seberat 10gram,tetapi value nya mungkin dah naik jadi rm33,592.00 (saya ambik hanya 20% appreciation a year-compounding effect).So,walaupun kos buat haji masa tu dah naik,emas yg anda simpan tanpa tokok tambah tu mampu menampung kenaikan kos tersebut. (anda hanya keluar duit sekali shj pada mula2 dulu sebyk rm13500!!).Berbanding kalau anda simpan wang, tahun ni simpan rm13500, sepanjang tahun selama 5 tahun anda terpaksa tambah lagi sebanyak rm20,092.00 untuk jadi setara dgn kenaikan nilai emas. Gold ni juga sesuai untuk education fund anak-anak, masa umur anak 2 tahun,beli jongkong 100gram,simpan. Tak payah tambah2, tunggu bila time dia nak masuk U,cuba pegi jual emas tu,sure nilainya berlipat kali ganda. Simply put,kalau kita simpan emas,cost of living kita takkan meningkat sbb kenaikan emas tu mampu menanggung kenaikan harga barang.Kan ke best kalau kita dibayar gaji dgn emas..kaya sentiasa lah kita...

sekian WASALLAM
Hubungi saya Pn Azliana 0125723766

No comments:

Post a Comment